Hari Ulangtahun Bersama

My ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

My Ticker

Friday 11 December 2009

untuk dijadikan iktibar

**ini kisah benar yang berlaku kepada Pn. Norhaidah Riboet, pegawai yang pernah bekerja sama-sama aku di BPS, NRE.
24 Nov 2009 (Selasa)11.00 pagi -
12.15 tgh - Balik ke rumah ajak Kak Nab rakan lama dari JKPTG untuk melihat anak-anak dirumah dan pelawa minum. Esya (1 tahun 8 bulan) kelihatan sungguh manja, minta didukung, merengek ndak tengok pak pak pak (Little Einstein)..Vina (6 bulan) plak tengah berpusing-pusing meniarap. Bagi breast milk kat Vina, "kesian anak mommy lapar yer"...Bibik bertanyakan ndak minum apa puan..."air sirap jerlah"..after setengah jam balik semula ke INSTUN..coz kat INSTUN ada makan tengahari penutup kursus.
5.45 ptg - Balik ke rumah. Esya dah tunggu kat depan grill rumah..."mommy....shoe..shoe.." macam biasa dia ndak ajak jalan2..tapi yg luar biasa nya pp belah kanan berlebam, dahi berlebam..mata pon ada satu garisan merah..."kenapa ni anak mommy?" Esya belum pandai mengadu sakit, apa lagi ndak bercerita apa yang terjadi. " Bik, kenapa pp Esya berlebam ni?""Ngak tau puan""Mustahil kamu ngak tau, takkan tak dengar dia menangis kalau dah berlebam macam ni?""Ngak-ngan nangis....."Selepas di ditanya berkali-kali, baru bibik mengaku "Saya lagi di ampaian, esya bangun tido, jatuh dari katil barangkali"Disitu terdapat percanggahan maklumat, ada sesuatu yang dia cuba sorokkan.
6.30 ptg - Klinik Dr Azhar, Tg Malim"Jom Esya teman mommy jumpa Doktor, mommy ndak inject bontot" "Bik, kamu tunggu dalam kena jaga Vina k"Hati dah tak sedap, jumpa Dr Azhar untuk cek apa dah jadi pada Esya"Esya mungkin jatuh, dan kena benda keras, dalam anak mata kanan ada sedikit kesan darah" kata DoktorTapi Esya macam tu gak gaya dia..masih aktif, main dan manja..
10.30 mlm - Esya, Vina dan Bibik dah tido. nilah masanya ndak tgk CCTV Rekod : 3.01 ptg Masyallah...apa gila ke bibik ni!!!! Esya tgh tido di atas katil didalam bilik. Ditariknya kaki kanan Esya, sehingga terkapai tangannya dibawah, lalu di campak ke lantai. Esya kelihatan tidak bergerak selama lebih kurang 2 minit. Barangkali pengsan. Tidak cukup dengan itu, setan berkepala hitam itu, menarik toncet di rambut Allyssa lantas di pusing-pusing anak itu tanpa belas. Esya kelihatan kesakitan sambil memegang kepalanya. Kakinya terkapai-kapai di awangan. Tanpa simpati Esya dibaling ke tempat letak seterika lalu mukanya terkena kaki seterika yang menyebabkan mukanya berlebam. Kerana kerasukan Esya di tarik lagi dan di henjut-henjut toncetnya dan terus diseret ke ruang tamu. Esya didudukkan dengan paksa di atas sofa. Dengan mengambil tuala, Esya ditarik ke bilik air untuk mandi..."Entah apa pula yang berlaku di bilik air, hanya Allah yang tahu"...CCTV tidak pula dipasang di bilik mandi.."Kenapalah manusia berjiwa binatang seperti ini?" "Apa salah ku? Tak pernah sekali pon ku pukul bibik, aku dan suami kalau marah pon tak pernah tengking2 dan menghina dia"....Call suami di Telok Intan, ceritakan apa yang terjadi...husband kata sabar dia akan balik segera...Ketakutan...call Rohaizan (kawan opis/jiran rapat) minta tolong temankan dirumah, sehingga suami balikCek bilik, bibik masih tido....
2.30 pagi - Suami sampai dirumah bersama 2 pasukan polis CID dari Slim River dan Behrang. Bibik dikejutkan oleh anggota polis " Kamu tahu apa salah kamu?" "Enggak" .....akhirnya dia digari dan dibelasah polis di kerusi pangkin di halaman kerana tidak mengaku. Polis, suami dan ijan sempat melihat rakaman CCTV. Suami kehilangan sabar, namun polis menahan dari memukul bibik. Takut nanti kes menjadi kes dera bibik pula. Biarlah polis menjalankan tugasnya.
5.30 pagi - Lapor diri ke Hospital Slim. Esya diperiksa secara rapi...Scan, xray, blood test, stool test, body check..semualah...Alhamdullillah Tuhan masih sayangkan kami...kami sedar awal perkara ini sebelum yang lebih buruk terjadi. dan Tuhan melindungi hambanya yang lemah tidak tahu apa seperti Esya dan Vina. Badan Esya seolah-olah di baluti span. Tiada pendarahan dalaman, tiada kecederaan serius. Namun mungkin jauh didasar ingatannya masih terkenangkan peristiwa itu, kerana hingga kini Esya cukup susah untuk diikat rambut....

esya n bibik durjana

esya n vina



2 comments:

Ummu Jannah said...

cite betul ke ni lin.. takutnye.. apsal die buat camtu? mcm tak sedar diri je mse die dok baling2 anak tu..

halina said...

cite btol..ade kuar berita harian..ntahlah..mental kot maid die tu..dah terang2 kat cctv pn taknak ngaku gak...mmg patut la kene blasah ngan polis tu....